Politik

Peluang Umno Cari Titik Persefahaman Dengan PAS – Mukhriz

Peluang Umno Cari Titik Persefahaman Dengan PAS – Mukhriz

YAN: Penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) dipelopori beberapa bekas pemimpin PAS secara tidak langsung telah mewujudkan peluang kepada UMNO untuk mencari titik persefahaman dengan PAS, kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah itu berkata, tindakan pemimpin PAS “melompat” ke Amanah merupakan peluang kepada UMNO untuk menghidupkan semula usaha mencari titik persefahaman dengan PAS.

“Saya selalu sebut bahawa antara UMNO dengan PAS ini begitu banyak sekali persamaan berbanding dengan perbezaan, (tetapi) malangnya, biasalah manusia yang perbezaan itulah kita ungkit, tetapi persamaan yang begitu banyak itu kita tidak sebut,” katanya kepada pemberita selepas melawat daerah Yan pada Sabtu.

Peluang untuk melihat kerjasama antara kedua-dua parti Melayu itu katanya,wujud selepas “unsur-unsur” yang tidak bersetuju terhadap permuafakatan antara UMNO-PAS telah menyertai Amanah.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali semalam mencadangkan penubuhan Majlis Ukhuwah Islamiah Negara (MUIN) dianggotai UMNO dan PAS selain pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam.

Mukhriz berkata, usaha untuk mewujudkan kerjasama di antara UMNO dan PAS telah berjalan sejak sekian lama, tetapi tergendala atas sebab-sebab tertentu.

“Jadi di pihak kami terbuka (terhadap cadangan Ibrahim Ali itu),” katanya.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Politik

More in Politik

lingliongsiknajib

Peguam Dr Ling Sahkan Terima Surat Saman Fitnah Najib

NAJHAN30 October, 2015
nizar

Najib Terima Permohonan Maaf Nizar

NAJHAN30 October, 2015
Untitled-1

Pembangkang Ditempelak Asyik Desak PM Letak Jawatan

NAJHAN29 October, 2015
Saifuddin Abdullah sertai PKR

Saifuddin Abdullah Sertai PKR

M. HADI15 October, 2015
PKR Kelantan

PKR Sedia Sertai Himpunan Hijau

MOHD IQBAL28 September, 2015
Cia Chow Hui

Putuskan Hubungan Dengan PM Tindakan Tidak Matang, Melulu, Mengecewakan BN.

M. HADI21 September, 2015
Nik Amar

PAS Ulangi Kenyataan Tak Akan Kerjasama Dengan DAP, Amanah.

M. HADI21 September, 2015
Takiyudin

PAS Tidak Sertai Himpunan Rakyat Bersatu

M. HADI10 September, 2015
hadi

Melayu Perlu Ambil Kira Kaum Lain – Presiden PAS

M. HADI10 September, 2015