Berita

Subsidi Beras Super Tempatan ST15 Dimansuhkan

Subsidi Beras Super Tempatan ST15 Dimansuhkan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) memansuhkan program subsidi beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) berikutan terdapat banyak masalah ketirisan berkaitannya.

Setiusaha Bahagian Industri Padi dan Beras MOA, Samsuddin Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, kajian mendapati antara masalah yang berlaku ialah beras yang sepatutnya dikeluarkan untuk rakyat Malaysia berpendapatan rendah boleh dibeli oleh bukan warganegara.

“Ada juga laporan mendapati terdapat tempat yang tidak mendapat bekalan mencukupi manakala ada tempat yang mempunyai bekalan berlebihan,” katanya.

Beliau berkata walaupun beberapa tindakan telah diambil kementerian termasuk menghentikan lesen pihak terbabit tetapi masalah berkenaan masih timbul.

“Sejak dua bulan lalu, kami telah mencari jalan terbaik bagi memikirkan mekanisme baru yang akan memastikan bantuan yang diberikan lebih menepati golongan sasaran dan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat termiskin,” katanya.

Samsuddin berkata pengagihan beras ST15 bermula pada 2008 adalah program sementara untuk golongan termiskin membeli beras pada harga paling rendah.

Beras ST15 adalah beras tempatan yang mempunyai kandungan 15 peratus beras hancur yang kualitinya sedikit rendah berbanding beras tempatan biasa ST5 dibeli oleh majoriti pengguna dengan kandungan lima peratus beras hancur.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

More in Berita

20151220-drugs-cnb

Singapura Tahan Wanita Malaysia Kerana Memiliki Dadah

MOHD HAFIZ21 December, 2015
kotaraya

[Video] Pergaduhan Berkaitan Telefon Bimbit, Kota Raya Ditutup

MOHD HAFIZ21 December, 2015
31101536550474_-_31_10_2015_-_malaysia_1mdb

[Video] Arul Kanda Menjawab Semua Isu Dibangkit Bersama Media Tempatan Dan Antarabangsa

NAJHAN1 November, 2015
Lamb chump chops

Malaysia Memerlukan 200,000 Hingga 250,000 Metrik Tan Bekalan Daging Setahun

NAJHAN1 November, 2015
khir

Bomba Dedah Sindrom 3L Punca Berlaku Kebakaran

NAJHAN1 November, 2015
BHM_3793-1024x660

Angin Kencang, Laut Bergelora Di Pantai Timur

NAJHAN1 November, 2015
zabidi

Bajet 2016: Penjawat Awam Diajak Bersyukur

NAJHAN1 November, 2015
vape21

Kabinet Buat Keputusan Tidak Haramkan Vape – Ismail Sabri

NAJHAN30 October, 2015
maswing

MASwings Lanjut Tempoh Promosi Ulang Tahun Bagi Penuhi Permintaan

NAJHAN30 October, 2015