Berita

[Video] Arul Kanda Menjawab Semua Isu Dibangkit Bersama Media Tempatan Dan Antarabangsa

[Video] Arul Kanda Menjawab Semua Isu Dibangkit Bersama Media Tempatan Dan Antarabangsa

Kuala Lumpur : Arul Kanda yang menerajui 1MDB sejak Januari tahun ini turut menegaskan tiada suatu pun perkara berkaitan status kewangan syarikat itu telah disembunyikan disebalik pelbagai dakwaan dilemparkan oleh pihak tertentu.

Beliau berkata syarikat telah menjawab semua isu dibangkitkan menerusi temu bual dengan media tempatan dan antarabangsa serta menerusi kenyataan media dan menurutnya pada tahun ini sahaja, sebanyak 72 kenyataan media dikeluarkan syarikat untuk menjawab pengkritik.

Arul Kanda turut menyangkal dakwaan bahawa 1MDB bersikap memilih dalam memberikan jawapan dan temu bual dengan media. “Sejak saya memegang jawatan ini, kita ada buat temu ramah TV, bukan sahaja akhbar tempatan, malah akhbar antarabangsa. Adalah tidak tepat mengatakan yang 1MDB hanya beri jawapan kepada soalan mudah dan kepada media massa (tertentu) sahaja,

“Baru-baru ini saya juga telah berjumpa dengan MCA, sebelum ini dengan UMNO (untuk memberi penerangan). MIC belum jemput saya lagi. Saya secara terbuka menjawab soalan (berkaitan 1MDB),” katanya.

Dalam sidang media kira-kira 90 minit yang dihadiri kira-kira 80 wartawan tempatan dan asing itu, Arul Kanda turut memberi penjelasan berhubung pelan rasionalisasi hutang syarikat dan perkembangan terkini langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan hutang syarikat, serta sejarah syarikat.

Beliau berkata walaupun syarikat telah mengaut keuntungan sebelum 2014, titik peralihan yang menyebabkan syarikat diselubungi kontroversi ialah apabila ia mengumumkan kerugian sebanyak RM665 juta pada November 2014.

Arul Kanda berkata perkara itu menjadi ‘amat-amat kontroversi’ apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mula mengkritik syarikat itu selepas didakwa kehilangan RM42 bilion.

“Isu terbesar ialah apabila Tun Mahathir mula mendakwa kononnya sebanyak RM42 bilion telah hilang.

“Apabila Tun Mahathir dan mereka yang sebelum itu ada kaitan dengan kerajaan memulakan kritikan mereka, itu titik bermulanya perkara ini menjadi amat-amat kontroversi,” katanya.

Beliau berkata faktor lain yang turut menyumbang kepada kontroversi itu termasuk artikel tertentu disiarkan oleh portal berita Sarawak Report.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Berita

More in Berita

20151220-drugs-cnb

Singapura Tahan Wanita Malaysia Kerana Memiliki Dadah

MOHD HAFIZ21 December, 2015
kotaraya

[Video] Pergaduhan Berkaitan Telefon Bimbit, Kota Raya Ditutup

MOHD HAFIZ21 December, 2015
Lamb chump chops

Malaysia Memerlukan 200,000 Hingga 250,000 Metrik Tan Bekalan Daging Setahun

NAJHAN1 November, 2015
image

Subsidi Beras Super Tempatan ST15 Dimansuhkan

NAJHAN1 November, 2015
khir

Bomba Dedah Sindrom 3L Punca Berlaku Kebakaran

NAJHAN1 November, 2015
BHM_3793-1024x660

Angin Kencang, Laut Bergelora Di Pantai Timur

NAJHAN1 November, 2015
zabidi

Bajet 2016: Penjawat Awam Diajak Bersyukur

NAJHAN1 November, 2015
vape21

Kabinet Buat Keputusan Tidak Haramkan Vape – Ismail Sabri

NAJHAN30 October, 2015
maswing

MASwings Lanjut Tempoh Promosi Ulang Tahun Bagi Penuhi Permintaan

NAJHAN30 October, 2015