Terkini

Bekerja Tanpa Tali Leher Dan Seluar Dalam

Bekerja Tanpa Tali Leher Dan Seluar Dalam

Pernahkah kita bertanya apa pentingnya hobi dalam hidup kita? Hobi dapat mengurangkan tekanan yang timbul seperti semasa kita berada dalam kemurungan; perkelahian dalam keluarga, perceraian, diberhentikan kerja, leteran ibu. Banyak faktor yang membawa kepada tekanan dan jika ianya tidak terkawal akan membawa kepada tekanan jiwa.

Ada hobi yang tidak murah. Memukul kayu golf dan menunggang kuda bukan murah, apatah lagi menyelam scuba. Kita bukan bicara bermain tutup botol atau batu seremban yang hanya menggunakan bahan terbuang.

Benar dakwaan bahawa hobi menghabiskan wang. Tetapi pada satu tahap dan ketikanya disusuli dengan komitmen yang tinggi, ianya boleh menghasilkan pendapatan. Bagi sesetengah, ia tidak memberi pulangan yang lumayan. Tetapi bekerja dalam persekitaran yang santai, kerja dalam bidang yang kita minati dan yang paling penting dapat menampung perbelanjaan semasa berada di pulau dan membayar bil-bil bulanan.

Penyelam Tegar

Kita sedia maklum bahawa 71 peratus daripada kandungan bumi merupakan air. Banyak lagi tempat-tempat belum diterokai (sungguhpun sudah mulai banyak terumbu karang dimusnahkan oleh manusia sendiri). Bagi seorang penyelam yang mencapai tahap divemaster (DM), peluang untuk menjana pendapatan ialah daripada upah daripada membantu setiap kumpulan yang berhasrat untuk menjalankan aktiviti tersebut. Perkara penting dalam menyelam skuba bahawa penyelam tidak dibenarkan menyelam tanpa sekurang-kurangnya seorang bertaraf DM dalam kumpulan itu. Kadar upahan tergantung kepada pusat-pusat skuba. Seorang DM juga boleh bertindak sebagai pembantu pengajar dan dibayar untuk menjalankan kerja tersebut.

Bagi penyelam bertaraf dive instructor, apatah lagi kuasa dan pendapatan yang beliau miliki. Memberi syarahan kepada penyelam-penyelam amatur di persekitaran tepi pantai, tidak mempunyai masa bekerja tetap dan yang paling penting: tidak perlu memakai tali leher dan menggosok pakaian. Cukup sekadar sepasang baju tidak berlengan dan seluar tiga suku panjang.

Menanggung Kos

Pelbagai cara untuk para penyelam yang tidak semuanya berkemewahan untuk kerap ke pulau-pulau peranginan untuk berskuba. Apa yang penulis akan lancarkan tidak lama lagi ialah sebuah laman sesawang (sebut website) yang menemukan mereka yang tidak ingin lagi meneruskan aktiviti scuba dengan pembeli-pembeli baru dari kalangan mereka yang baru menyertai aktiviti scuba dan memerlukan barang-barang di tahap kemampuan mereka. Dengan inspirasi www.mudah.my, anda boleh lebih khususkan laman anda ke peralatan skuba; dari masker hinggalah ke fin kaki.

Laman anda juga memungkinkan anda membuka sebuah kedai barangan terpakai scuba secara maya dan anda hanya memerlukan modal sebuah komputer riba dengan kelajuan internet yang berpatutan. Bahkan anda tidak perlu mempunyai sebuah domain seperti penulis (www.azmiedivetioman.comazmidive.com.my) tetapi menggunakan laman penjualan barang yang ada seperti shopify. Andalah tokei kedai tersebut. Dengan komisyen 30 peratus, anda boleh mendapat pembeli (dan penjual) dari seluruh dunia!

Faisal Mustaffa, seorang penulis bebas yang kariernya bermula sejak 1998 sungguhpun berlatarbelakangkan Sarjana Pengurusan Pentadbiran. Melalui syarikat penerbitannya sendiri, Merpati Jingga dan salah seorang rakan kongsi bagi kumpulan teater radikal, Rumah Anak Teater, beliau memartabatkan kebebasan berekspresi.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Terkini

More in Terkini

Khoo Kay Kim

Minat Golongan Muda Terhadap Sejarah Semakin Berkurangan – Khoo Kay Kim

NAJHAN29 October, 2015
Pertandingan Kemahiran Dunia

Penuntut JMTI Teruja Bersaing Peringkat Antarabangsa

MOHD IQBAL28 August, 2015
airul firham

Peserta Malaysia Berjaya Laksana Tugasan Di WSC Sao Paulo

M. HADI17 August, 2015
abdulrahmanabdullah

Karyawan Melayu Australia Pamer Lukisan Di Galeri Petronas

NAJHAN12 August, 2015
1227

Ahli Silap Mata Kelahiran P.Pinang Bersinar Di Hollywood

M. HADI10 August, 2015
ace3

Golongan Muda Disaran Ceburi Bidang Perniagaan Sebelum Umur 50 Tahun

NAJHAN30 July, 2015
WT17-1024x682-825x510

Pro Madza: Pelumba Malaysia Weiron Tan Tawan Litar Iowa

NAJHAN19 July, 2015
Diana

Gadis Sabah catat nama dalam sejarah Liverpool

NAJHAN10 July, 2015