Niaga

Rayani Air Sasar 10 Tahun Manfaatkan Pasaran Umrah Dan Haji

Rayani Air Sasar 10 Tahun Manfaatkan Pasaran Umrah Dan Haji

LANGKAWI – Rayani Air, syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, menetapkan sasaran 10 tahun untuk mewujudkan rangkaian bagi memanfaatkan pasaran umrah dan haji, kata Pengarah Urusannya Jaafar Zamhari.

Beliau berkata untuk permulaan, syarikat penerbangan itu yang baharu sahaja mendapat kelulusan daripada Jabatan Penerbangan Awam untuk beroperasi, mengambil ‘langkah kecil’ untuk memenuhi keperluan yang ditetapkan di bawah undang-undang Islam dalam operasi mereka sebelum melaksanakan lebih banyak rancangan dalam beberapa tahun akan datang.

“Kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan dalam memperkemaskan langkah kami dari semasa ke semasa dan hasrat utama kami adalah memanfaatkan pasaran (umrah dan haji),” katanya kepada pemberita selepas tiba dengan penerbangan sulung Rayani Air dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) di sini hari ini.

Katanya Rayani Air telah memperoleh dua buah pesawat Boeing 737-400 untuk menawarkan perkhidmatan di KLIA2 di Kuala Lumpur dan Kota Baharu (Kelantan) dengan LIA sebagai hab operasi mereka, sebelum Kuching dan Kota Kinabalu pada tahun depan.

“Harapan kami keputusan menjadikan Langkawi sebagai hab operasi akan menyumbang ke arah menjadikan Langkawi sebagai hab pelancongan iaitu pelancong akan datang ke sini dahulu sebelum ke destinasi pelancongan lain di negara ini,” katanya.

Syarikat penerbangan itu turut merancang untuk menambah dua buah lagi pesawat Boeing 737-400 dan dua 737-800 dalam kumpulan pesawat mereka menjelang 2017 sebagai langkah untuk meningkatkan laluan domestik dan kekerapan penerbangan.

Click to add a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Niaga

More in Niaga

SALLEH-SAID-KERUAK-L2

Dana RM100 Juta Untuk Bantu Perluas Potensi Usahawan Digital – Salleh

NAJHAN1 November, 2015
arul

Gagal Senaraikan IPO Punca Masalah Aliran Tunai 1MDB – Arul Kanda

NAJHAN1 November, 2015
Datuk Seri Abdul Wahid Omar

Lambat Laun Amerika Syarikat Akan Naikkan Kadar Faedah – Wahid

NAJHAN18 September, 2015
Najib Razak

Jawatankuasa Khas Ekonomi Akan Ditubuhkan – Najib

MOHD IQBAL26 August, 2015
BNM

Rizab Antarabangsa Bank Negara Berjumlah RM379.4 Bilion Pada 15 Julai

NAJHAN23 July, 2015
1216

Taiwan Mahu Jadikan Malaysia Tempat Ujian Untuk Produk Halalnya

NAJHAN23 July, 2015
malindo

Malindo Air Tawar Jualan Pra-Merdeka Tambang Serendah RM59

NAJHAN22 July, 2015
akbar

Dr Mohd Akbar Md Said Dilantik Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (MRB)

NAJHAN22 July, 2015
mtrade

Pengguna Di China Boleh Guna Laman Web Cari Produk Malaysia – Matrade

NAJHAN22 July, 2015